Skip to main content

Corat-coret 4 - Raya 2011- Kenangan Raya

Hai Selamat hari raya..
kami semua ucapkan..
menikmati hidangan yang kami sediakan..
la..la..la..
Seronokkan nak raya! kalau dulu masa kecik2 punyalah seronok sebab dapat baju baru..kasut baru siap ada handbag lagi kakak lia belikan untuk kutip duit raya..baju raya kalau dulu mak lia jahitkan mesti sedondon ngan adik lia..time dulu2 malu nak pakai sedondon sebab nanti orang kata boria..tapi time sekarang orang berlumba-lumba cari baju sedondon...

kasut raya pulak tak sempat nak raya da melaram dalam rumah..ketung ketang jalan..sampai mak pun da tak larat nak larang...Bila time raya pagi - pagi da kuar pegi jalan raya cari duit raya..habis satu kampung pusing...hahaha kelakar kalau ingat balik kenangan raya masa kecik-kecik.. 

kuih raya masa dulu mak buat berjenis-jenis..selepas sahur sampai la ke petang buat kuih raya dengan mak..tapi satu benda yang lia ingat, mak kalau buat kuih raya mesti tutup tingkap..dia malu nanti orang tengok dia cakap...hurm... Bila dengar lagu raya especially lagu dendang perantau nyanyian Tan Sri P.Ramlee mak akan menangis..masa kecik-kecik mana la lia tau rasa sedih sedih ni..tapi sekarang baru la faham kenapa mak menangis..lagu dendang perantau memang menusuk ke qolbu..especially bila orang yang kita sayang tiada disamping kita..segala kenangan indah mula bermain di ingatan...



KEPADA ARWAH MAK..ROKIAH BINTI MOHAMAD (YANG BAJU BIRU KANAN SEKALI)..SEMOGA ROH MAK DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN..AMIN...KAKAK(PANGGILAN MAK PADA LIA) SAYANG  MAK SAMPAI BILA-BILA PUN...





Comments

Popular posts from this blog

SAIDINA!!!

hari tu sangap dok umah gi amik haikal bawak jalan-jalan ke jusco. masuk kedai buku saje nak tengok-tengok buku baru. kot kot boleh hilangkan bosan disamping menambah ilmu..ahaks!belek punye belek ternampak la pulak game SAIDINA. Ingat lagi tak game SAIDINA? dulu dulu kat sekolah selalu main bila time rehat. Bagusnye game ni sebab boleh improve matematik kita dan juga logical thinking. Tak pasti la zaman sekarang orang main lagi ke tak game ni. ye la da ada banyak game game yang canggih manggih sampai lia pun da tak tau ape game yang latest now ni. Pikir punye pikir rasanye ok gak kalau lia beli game ni. At least boleh main ngan hubby and adik kat umah. kalau balik kampung bleh main ngan abang2 dan kakak2. (kot dorang nak main hahahahha). malam tu kitorang main SAIDINA dari kul 8 sampai kul 11.30 malam.memang gilos and meriah giler main game ni. memang meriah kejap kejap my hubby jerit BELI!BELI!BELI!..tamak sungguh die..Yang tak pueh hati tu tiap kali dapat keputusan dia asyik dapat d...

GURAH KE GHURAH?

Gurah ape tu Gurah?  Gurah ialah satu kaedah perawatan di mana adunan herba (dalam bentuk serbuk dan cecair) dititiskan ke dalam hidung, dan perawat melakukan urutan di sekitar bahagian atas kepala dalam untuk merangsang pergerakan darah di sekitar kepala. Khasiat herba-herba tersebut merangsang tindak balas sinus untuk mengeluarkan mengalirkan keluar lendir yang terperangkap di dalamnya. Biasanya Gurah sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit resdung dan kerap bersin. Resdung atau dalam istilah perubatan disebut sebagai sinusitis. Ia mempunyai banyak simptom, dan hampir kesemuanya tertumpu di zon nasal sistem tubuh manusia. Simptom yang paling lazim adalah kerap bersin, terutamanya di waktu pagi dan ia amat mengganggu bagi kebanyakan orang.  . Kaedah gurah lazimnya memakan masa antara 20 hingga 40 minit. Sepanjang tempoh ini, lendir akan keluar melalui hidung dan mulut dengan bentuk dan kepekatan yang berbeza. Sebahagiannya berkepekatan biasa, dan sebahag...

Koleksi Sabun Cecair Pencuci Pakaian Eco Clean

Assalamualaikum.. agak lama lia tak update blog..Alhamdulillah jualan sabun lia semakin hari semakin mendapat sambutan dan lia sekarang ada beberapa orang agen yang menjual sabun dan pelembut lia. Satu lagi Sabun lia sekarang sudah ada nama ECO CLEAN nama dia..ok ler teww kan?? Sekarang lia sudah mempunyai 2 jenis Sabun Pencuci yang ala ala Dynamo : 1.  Biru Regular : Fresh  * ini macam sabun dynamo biru 2. Pink Downy : Downy Fragrant * Ini macam sabun Dynamo Downy Kedua duanya dalam berat 10 kg..banyak kan?? sangat sangat berbaloii!!! Harga tak mahal pun.. Eco Clean Biru : RM 30 Eco Clean Downy Pink : RM 35 Contact lia untuk dapatkannya.. 0132111668/0193883258 atau boleh contact agen lia untuk kawasan : 1. SENTUL/GOMBAK : Cik Hernani binti Mohd Nor ( 0122914849) 2. BANDAR BUKIT PUCHONG : Puan Kamaliza ( 0172984559) 3. KAWASAN TAPAH : Puan Norzira Mumtaz ( 0134519599) 4. ALOR GAJAH, MELAKA : Puan Zainab (01...