Skip to main content

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Salam Maal Hijrah kepada semua...Semoga kita akan berusaha untuk menjadi lebih baik dari yang dulu...sama-sama kita berkasih sayang antara suami isteri...Moga moga rumahtangga kita semua akan bertambah harmoni dan dilimpahi dengan kasih sayang...Aminn...Ni Lia share sikit perihal cerita kasih sayang Rasulullah terhadap isteri Baginda....


Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.  Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah SAW – manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud : 
"Daripada Sayiditina Aisyah RA berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Sayiditina Aisyah RA yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib. Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan; "Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Sayiditina Aisyah RA yang mandi bersama Nabi SAW bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut  Sayiditina Aisyah RA (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah SAW

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah SAW sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Sayiditna Aisyah RA dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada NabiSAW agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Saiditina Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah SAW.  Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah SAW menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri. 

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini. Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Saiditina Aisyah dan  Saiditina Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Saiditina Aisyah RA amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi SAW yg mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah SAW. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.


Comments

Popular posts from this blog

SAIDINA!!!

hari tu sangap dok umah gi amik haikal bawak jalan-jalan ke jusco. masuk kedai buku saje nak tengok-tengok buku baru. kot kot boleh hilangkan bosan disamping menambah ilmu..ahaks!belek punye belek ternampak la pulak game SAIDINA. Ingat lagi tak game SAIDINA? dulu dulu kat sekolah selalu main bila time rehat. Bagusnye game ni sebab boleh improve matematik kita dan juga logical thinking. Tak pasti la zaman sekarang orang main lagi ke tak game ni. ye la da ada banyak game game yang canggih manggih sampai lia pun da tak tau ape game yang latest now ni. Pikir punye pikir rasanye ok gak kalau lia beli game ni. At least boleh main ngan hubby and adik kat umah. kalau balik kampung bleh main ngan abang2 dan kakak2. (kot dorang nak main hahahahha). malam tu kitorang main SAIDINA dari kul 8 sampai kul 11.30 malam.memang gilos and meriah giler main game ni. memang meriah kejap kejap my hubby jerit BELI!BELI!BELI!..tamak sungguh die..Yang tak pueh hati tu tiap kali dapat keputusan dia asyik dapat d...

GURAH KE GHURAH?

Gurah ape tu Gurah?  Gurah ialah satu kaedah perawatan di mana adunan herba (dalam bentuk serbuk dan cecair) dititiskan ke dalam hidung, dan perawat melakukan urutan di sekitar bahagian atas kepala dalam untuk merangsang pergerakan darah di sekitar kepala. Khasiat herba-herba tersebut merangsang tindak balas sinus untuk mengeluarkan mengalirkan keluar lendir yang terperangkap di dalamnya. Biasanya Gurah sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit resdung dan kerap bersin. Resdung atau dalam istilah perubatan disebut sebagai sinusitis. Ia mempunyai banyak simptom, dan hampir kesemuanya tertumpu di zon nasal sistem tubuh manusia. Simptom yang paling lazim adalah kerap bersin, terutamanya di waktu pagi dan ia amat mengganggu bagi kebanyakan orang.  . Kaedah gurah lazimnya memakan masa antara 20 hingga 40 minit. Sepanjang tempoh ini, lendir akan keluar melalui hidung dan mulut dengan bentuk dan kepekatan yang berbeza. Sebahagiannya berkepekatan biasa, dan sebahag...

Koleksi Sabun Cecair Pencuci Pakaian Eco Clean

Assalamualaikum.. agak lama lia tak update blog..Alhamdulillah jualan sabun lia semakin hari semakin mendapat sambutan dan lia sekarang ada beberapa orang agen yang menjual sabun dan pelembut lia. Satu lagi Sabun lia sekarang sudah ada nama ECO CLEAN nama dia..ok ler teww kan?? Sekarang lia sudah mempunyai 2 jenis Sabun Pencuci yang ala ala Dynamo : 1.  Biru Regular : Fresh  * ini macam sabun dynamo biru 2. Pink Downy : Downy Fragrant * Ini macam sabun Dynamo Downy Kedua duanya dalam berat 10 kg..banyak kan?? sangat sangat berbaloii!!! Harga tak mahal pun.. Eco Clean Biru : RM 30 Eco Clean Downy Pink : RM 35 Contact lia untuk dapatkannya.. 0132111668/0193883258 atau boleh contact agen lia untuk kawasan : 1. SENTUL/GOMBAK : Cik Hernani binti Mohd Nor ( 0122914849) 2. BANDAR BUKIT PUCHONG : Puan Kamaliza ( 0172984559) 3. KAWASAN TAPAH : Puan Norzira Mumtaz ( 0134519599) 4. ALOR GAJAH, MELAKA : Puan Zainab (01...