Skip to main content

Habatussauda

Salam...

Kali ni lia nak cerita pasal supplement yang lia ambik untuk membanyakkan susu ibu. Mula-mula lia ambik Shaklee Energy Soy Protein..Memang best minum dia sedap dan susu jadi pekat..tapi almaklumlah Lia tidak berkerja dan kewangan pun tidak berapa sudi masuk purse lia hehhe..jadi lia try makan pil Habatussauda...Habatussauda terkenal sebagai UBAT SEGALA PENYAKIT..



Inilah dia Kapsul Habatussauda yang lia amalkan..Alhamdulillah..berkesan..susu lia meningkat penghasilannya.


Ini Hasil untuk sekali pam.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam Haditsnya yang dikuip dari kitab Ash Shahihain
"Gunakanlah Habatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakiit kecuali As Sam ( maut)"(HR.Bukhari, Muslim)


Lia ingin kongsi Kapsul ini dengan rakan-rakan semua..
Kepada yang berminat dengan kapsul habatus Sauda ini boleh dapatkan dari Lia..
Harga tak mahal RM30 sahaja untuk 200 biji.

;)

Meh Lia share sikit info mengenai Habatussauda:

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
 7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Melayukini.net - Untuk pengetahuan para pembaca, di Timur Tengah, minyak Habbatus Sauda ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Comments

Popular posts from this blog

SAIDINA!!!

hari tu sangap dok umah gi amik haikal bawak jalan-jalan ke jusco. masuk kedai buku saje nak tengok-tengok buku baru. kot kot boleh hilangkan bosan disamping menambah ilmu..ahaks!belek punye belek ternampak la pulak game SAIDINA. Ingat lagi tak game SAIDINA? dulu dulu kat sekolah selalu main bila time rehat. Bagusnye game ni sebab boleh improve matematik kita dan juga logical thinking. Tak pasti la zaman sekarang orang main lagi ke tak game ni. ye la da ada banyak game game yang canggih manggih sampai lia pun da tak tau ape game yang latest now ni. Pikir punye pikir rasanye ok gak kalau lia beli game ni. At least boleh main ngan hubby and adik kat umah. kalau balik kampung bleh main ngan abang2 dan kakak2. (kot dorang nak main hahahahha). malam tu kitorang main SAIDINA dari kul 8 sampai kul 11.30 malam.memang gilos and meriah giler main game ni. memang meriah kejap kejap my hubby jerit BELI!BELI!BELI!..tamak sungguh die..Yang tak pueh hati tu tiap kali dapat keputusan dia asyik dapat d...

GURAH KE GHURAH?

Gurah ape tu Gurah?  Gurah ialah satu kaedah perawatan di mana adunan herba (dalam bentuk serbuk dan cecair) dititiskan ke dalam hidung, dan perawat melakukan urutan di sekitar bahagian atas kepala dalam untuk merangsang pergerakan darah di sekitar kepala. Khasiat herba-herba tersebut merangsang tindak balas sinus untuk mengeluarkan mengalirkan keluar lendir yang terperangkap di dalamnya. Biasanya Gurah sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit resdung dan kerap bersin. Resdung atau dalam istilah perubatan disebut sebagai sinusitis. Ia mempunyai banyak simptom, dan hampir kesemuanya tertumpu di zon nasal sistem tubuh manusia. Simptom yang paling lazim adalah kerap bersin, terutamanya di waktu pagi dan ia amat mengganggu bagi kebanyakan orang.  . Kaedah gurah lazimnya memakan masa antara 20 hingga 40 minit. Sepanjang tempoh ini, lendir akan keluar melalui hidung dan mulut dengan bentuk dan kepekatan yang berbeza. Sebahagiannya berkepekatan biasa, dan sebahag...

Koleksi Sabun Cecair Pencuci Pakaian Eco Clean

Assalamualaikum.. agak lama lia tak update blog..Alhamdulillah jualan sabun lia semakin hari semakin mendapat sambutan dan lia sekarang ada beberapa orang agen yang menjual sabun dan pelembut lia. Satu lagi Sabun lia sekarang sudah ada nama ECO CLEAN nama dia..ok ler teww kan?? Sekarang lia sudah mempunyai 2 jenis Sabun Pencuci yang ala ala Dynamo : 1.  Biru Regular : Fresh  * ini macam sabun dynamo biru 2. Pink Downy : Downy Fragrant * Ini macam sabun Dynamo Downy Kedua duanya dalam berat 10 kg..banyak kan?? sangat sangat berbaloii!!! Harga tak mahal pun.. Eco Clean Biru : RM 30 Eco Clean Downy Pink : RM 35 Contact lia untuk dapatkannya.. 0132111668/0193883258 atau boleh contact agen lia untuk kawasan : 1. SENTUL/GOMBAK : Cik Hernani binti Mohd Nor ( 0122914849) 2. BANDAR BUKIT PUCHONG : Puan Kamaliza ( 0172984559) 3. KAWASAN TAPAH : Puan Norzira Mumtaz ( 0134519599) 4. ALOR GAJAH, MELAKA : Puan Zainab (01...