salam..
Agak lama tak meng'update' blog lia ni..agak busy sikit lerr lately ni..banyak yang lia nak share kali ni...tak tau nak start yang mana satu..
Last week lia balik kampung lia di Perak..jumpa ayah makcik dan abang abang lia..alhamdulilah semuanya sihat..lia balik kampung perak dari hari rabu sampai jumaat..sepanjang 3 hari tu lia dengan kakak ipar lia adala main masak masak..ala yang simple jek..
lia buat kek batik dengan popia nestum
Kek batik
popia nestum
pastu lia ditugaskan untuk menginterview sorang untuk kedai elektrik abang lia di kampung..boleh la untuk kerani..buat jaga kedai bila abang lia pegi buat wiring..
dan ada satu berita yang lia nak share..
Akan datang Satu Pusat terapi bekam akan dibuka di kampung lia di Felda Trolak Timur!! Abang lia dengan baik memberikan satu bilik di kedainya untuk kami mulakan operasi..
Kepada semua warga Trolak dan yang berdekatan dengannya dan berkesempatan untuk cuba terapi Bekam yang mana telah di amalkan oleh Rasulullah..boleh datang untuk mendapatkan rawatan. Nanti lia akan update lagi bila dah siap setup semuanya.
Lepas hari tu sabtu terus shoot balik ke kampung hubby di melaka pulak. Ada orang order Dynamo dan softlan dan ada orang book untuk bekam..
Alhamdulillah terima kasih di atas rezekimu Ya Allah..
Lepas hari tu sabtu terus shoot balik ke kampung hubby di melaka pulak. Ada orang order Dynamo dan softlan dan ada orang book untuk bekam..
Alhamdulillah terima kasih di atas rezekimu Ya Allah..
Comments
Post a Comment