Gurah ape tu Gurah?
Gurah ialah satu kaedah perawatan di mana adunan herba (dalam bentuk serbuk dan cecair) dititiskan ke dalam hidung, dan perawat melakukan urutan di sekitar bahagian atas kepala dalam untuk merangsang pergerakan darah di sekitar kepala. Khasiat herba-herba tersebut merangsang tindak balas sinus untuk mengeluarkan mengalirkan keluar lendir yang terperangkap di dalamnya.
Biasanya Gurah sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit resdung dan kerap bersin.Resdung atau dalam istilah perubatan disebut sebagai sinusitis. Ia mempunyai banyak simptom, dan hampir kesemuanya tertumpu di zon nasal sistem tubuh manusia. Simptom yang paling lazim adalah kerap bersin, terutamanya di waktu pagi dan ia amat mengganggu bagi kebanyakan orang. .
Kaedah gurah lazimnya memakan masa antara 20 hingga 40 minit. Sepanjang tempoh ini, lendir akan keluar melalui hidung dan mulut dengan bentuk dan kepekatan yang berbeza. Sebahagiannya berkepekatan biasa, dan sebahagiannya sangat pekat sehingga mengandungi nanah dan darah. Lendir-lendir inilah yang menjadi tempat pembiakan virus dan bakteria penyebab sinusitis.
Setelah lendir-lendir dan kahak pekat tersebut berjaya dikeluarkan, insyaAllah akan merasa sangat lega, dan saluran pernafasan terasa lebih lancar serta segar. Dalam seni suara, lendir ini disebut sebagai balgham, yang mengganggu kemerduan suara dan kekuatan nafas.
Rawatan Gurah korang boleh buat dekat sini. boleh contact untuk temujanji.
.........................................
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Celaka kamu,jangan kamu bunuh anak-anak kamu.Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india,dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH" Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut,lalu bayi itu sembuh... ( Diriwayatkan dari Abu Ubaidah) Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pun pernah berubat dengan GURAH.
.................................................................
Comments
Post a Comment