Skip to main content

POKOK GHARQAD, POKOK PALING DERHAKA!!



Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:




Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”. (no 7523 , riwayat Muslim)
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. 

Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.

 Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.


Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. 

Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.




Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. 

Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.




Nama Arabnya adalah Awsaj tetapi lebih popular dengan nama Gharqad di kalangan orang-orang Arab.

Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.

                        Kempen Kerajaan haram Israel “Projek Menghijaukan bumi”

TEMBOK PEMISAH (GHETTO ABAD 21)
Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah). Tembok dengan ketinggian 8 meter ini, dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.



Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. 

Ghetto adalah satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.


Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. 

Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel – Palestin ini?


Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok ( al-Hasyr : 14 )
Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. 

Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba.

Comments

Popular posts from this blog

SAIDINA!!!

hari tu sangap dok umah gi amik haikal bawak jalan-jalan ke jusco. masuk kedai buku saje nak tengok-tengok buku baru. kot kot boleh hilangkan bosan disamping menambah ilmu..ahaks!belek punye belek ternampak la pulak game SAIDINA. Ingat lagi tak game SAIDINA? dulu dulu kat sekolah selalu main bila time rehat. Bagusnye game ni sebab boleh improve matematik kita dan juga logical thinking. Tak pasti la zaman sekarang orang main lagi ke tak game ni. ye la da ada banyak game game yang canggih manggih sampai lia pun da tak tau ape game yang latest now ni. Pikir punye pikir rasanye ok gak kalau lia beli game ni. At least boleh main ngan hubby and adik kat umah. kalau balik kampung bleh main ngan abang2 dan kakak2. (kot dorang nak main hahahahha). malam tu kitorang main SAIDINA dari kul 8 sampai kul 11.30 malam.memang gilos and meriah giler main game ni. memang meriah kejap kejap my hubby jerit BELI!BELI!BELI!..tamak sungguh die..Yang tak pueh hati tu tiap kali dapat keputusan dia asyik dapat d...

GURAH KE GHURAH?

Gurah ape tu Gurah?  Gurah ialah satu kaedah perawatan di mana adunan herba (dalam bentuk serbuk dan cecair) dititiskan ke dalam hidung, dan perawat melakukan urutan di sekitar bahagian atas kepala dalam untuk merangsang pergerakan darah di sekitar kepala. Khasiat herba-herba tersebut merangsang tindak balas sinus untuk mengeluarkan mengalirkan keluar lendir yang terperangkap di dalamnya. Biasanya Gurah sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit resdung dan kerap bersin. Resdung atau dalam istilah perubatan disebut sebagai sinusitis. Ia mempunyai banyak simptom, dan hampir kesemuanya tertumpu di zon nasal sistem tubuh manusia. Simptom yang paling lazim adalah kerap bersin, terutamanya di waktu pagi dan ia amat mengganggu bagi kebanyakan orang.  . Kaedah gurah lazimnya memakan masa antara 20 hingga 40 minit. Sepanjang tempoh ini, lendir akan keluar melalui hidung dan mulut dengan bentuk dan kepekatan yang berbeza. Sebahagiannya berkepekatan biasa, dan sebahag...

Koleksi Sabun Cecair Pencuci Pakaian Eco Clean

Assalamualaikum.. agak lama lia tak update blog..Alhamdulillah jualan sabun lia semakin hari semakin mendapat sambutan dan lia sekarang ada beberapa orang agen yang menjual sabun dan pelembut lia. Satu lagi Sabun lia sekarang sudah ada nama ECO CLEAN nama dia..ok ler teww kan?? Sekarang lia sudah mempunyai 2 jenis Sabun Pencuci yang ala ala Dynamo : 1.  Biru Regular : Fresh  * ini macam sabun dynamo biru 2. Pink Downy : Downy Fragrant * Ini macam sabun Dynamo Downy Kedua duanya dalam berat 10 kg..banyak kan?? sangat sangat berbaloii!!! Harga tak mahal pun.. Eco Clean Biru : RM 30 Eco Clean Downy Pink : RM 35 Contact lia untuk dapatkannya.. 0132111668/0193883258 atau boleh contact agen lia untuk kawasan : 1. SENTUL/GOMBAK : Cik Hernani binti Mohd Nor ( 0122914849) 2. BANDAR BUKIT PUCHONG : Puan Kamaliza ( 0172984559) 3. KAWASAN TAPAH : Puan Norzira Mumtaz ( 0134519599) 4. ALOR GAJAH, MELAKA : Puan Zainab (01...