Skip to main content

MINYAK ZAITUN & KHASIATNYA











Didalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia disebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar,delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.


Minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi dari zaitun( buah Olea europaea keluarga Oleaceae), tanaman pokok tradisional lembangan Mediterranean. Minyak yang dihasilkan oleh pengisaran zaitun keseluruhan dan mengekstrak minyak dengan cara mekanikal atau kimia. Ia biasanya digunakan dalam memasak,kosmetik, farmseutikal, sabun dan sebagai bahan api untuk tradisional lampu minyak. Minyak zaitun digunakan diseluruh dunia, tetapi terutama di Mediterranean negara.  


Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh dari buah zaitun atau nama lainnya Olea europaea ( bermaksud minyak dari Eropah). Minyak zaitun diperolehi melalui proses pengisaran keseluruhan buah zaitun dan mengekstarak minyak tersebut melalui cara mekanikal ataupun kimia. Minyak zaitun mempunyai pelbagai fungsi dan faedah, dan ia telah banyak digunakan untuk memasak, sebagai bahan utama dalam produk kosmetik, ubat-ubatan farmaseutikal, bahan pencuci seperti sabun mandi, bahan api ( seperti pelita tradisional) dan sebagainya. Boleh dikatakan seluruh dunia menggunakan minyak zaitun namun terdapat beberapa negara yang sentiasa mengamalkan penggunaan minyak zaitun dalam masakan utama mereka berbanding negara-negara lain seperti di Malaysia yang banyak menggunakan minyak kelapa sawit dalam masakan kerana ia lebih murah berbanding minyak zaitun.


Pada masa kini, kesedaran orang ramai mengenai kegunaan minyak zaitun untuk kesihatan semakin bertambah. Penyakit yang paling banyak kaitkan dengan minyak zaitun ( khasiat minyak zaitun dalam menyembuhkan dan mengelakkan penyakit tersebut) adalah seperti kanser, batu hempedu, kolestrol tinggi, darah tinggi dan banyak lagi.

Khasiat yang terdapat di dalam minyak zaitun adalah daripada kandungan monounsaturated fattu acids dan juga unsur-unsur anti oksidan yang tinggi di dalamnya. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun boleh mengelakkan kita daripada penyakit jantung dan mengawal kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolestrol baik(HDL). Selain daripada masalah jantung, minyak zaitun juga memberikan kebaikan pada sistem penghadaman terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalh gastritis, ulser, makanan tidak hadam, sembelit, kembung perut dan sebagainya. Minyak zaitun mengaktifkan rembesan hempedu dan juga hormon pankreas secara semulajadi malah ia boleh mengurangkan risiko pembentukan batu hempedu.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil (paing banyak khasiat)


Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

Virgin Olive Oil


Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil


Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.







Kebaikan Minyak Zaitun

  • Bapa kedoktoran Moden, Socrates mennyaran agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan.
  • Hasil Kajian yang dijalankan oleh Ketuan Jabatan Epideminologi, Universiti Harvards, Dr.Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaintu dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50%.
  • Kajian mengenai kebaikan minyak zaitun telah lama dilakukan. Menerusi satu kajian yang dilakukan, menunjukkan bahawa individu yang mengambil 25ml( lebih kurang 2 sudu makan) minyak zaitun extra virgin Olive Oil setiap hari selama seminggu menunjukkan penurunan pengoksidaan kolestrol LDL dan peningkatan sebatian anti oksidan khususnya phenols didalam darah. Selain daripada itu ia dapat mencegah masalah saluran darah seperti Atherosclerosis.
  • Walaupun semua jenis minyak zaitun adalah sumber lemak monounsaturated, minyak zaitun extra virgin oil mengandungi anti-iksidan terutamanya vitamin E dan Phenols yang lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa atau minyak zaitun virgin.
  • Menambah minyak zaitun (terutamanya jenis extra virgin olive oil) dalam diet pemakanan boleh memberikan banyak kebaikan pada sistem penghadaman terutamanya dalam mencegah kanser kolon.
  • Extra Virgin Olive Oil juga dikatakan boleh membantu mengawal tahap insulin dan seterusnya mengurangkan penyimpanan lemak.
  • Minyak Zaitun ( Extra Virgin Olive Oil) apabila dicampur bersama-sama dengan perahan lemon boleh menghancurkan batu karang.
  • Selain daripada mengurangkan paras kolestrol, minyak zaitun mempunyai banyak khasiat terutamanya pada hati(liver) dalam menguranglan kecenderungan pembentukan batu hempedu, malah minyak zaitun mengaktifkan rembesan hempedu dengan baik.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, minyak zaitun mempunyai kesan yang sama seperti julap.
  • Vitamin E yang terkandung minyak zaitun dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. 


PIL KAPSUL MINYAK ZAITUN MUDAH UNTUK DITELAN. DI DATANGKAN DALAM BOTOL 120 BIJI DAN JUGA 210 BIJI








HARGA:

210 BIJI : RM 50
120 BIJI : RM 35
(tidak termasuk kos penghantaran)


Hubungi Lia

0132111668/0193883258

Comments

  1. Emang minyak jaitun itu khasiatnya sangat luar biasa. salam kenal aja sob

    ReplyDelete
  2. Sangat mujarab terutama sekali bagi yang ada masalah jantung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAIDINA!!!

hari tu sangap dok umah gi amik haikal bawak jalan-jalan ke jusco. masuk kedai buku saje nak tengok-tengok buku baru. kot kot boleh hilangkan bosan disamping menambah ilmu..ahaks!belek punye belek ternampak la pulak game SAIDINA. Ingat lagi tak game SAIDINA? dulu dulu kat sekolah selalu main bila time rehat. Bagusnye game ni sebab boleh improve matematik kita dan juga logical thinking. Tak pasti la zaman sekarang orang main lagi ke tak game ni. ye la da ada banyak game game yang canggih manggih sampai lia pun da tak tau ape game yang latest now ni. Pikir punye pikir rasanye ok gak kalau lia beli game ni. At least boleh main ngan hubby and adik kat umah. kalau balik kampung bleh main ngan abang2 dan kakak2. (kot dorang nak main hahahahha). malam tu kitorang main SAIDINA dari kul 8 sampai kul 11.30 malam.memang gilos and meriah giler main game ni. memang meriah kejap kejap my hubby jerit BELI!BELI!BELI!..tamak sungguh die..Yang tak pueh hati tu tiap kali dapat keputusan dia asyik dapat d...

GURAH KE GHURAH?

Gurah ape tu Gurah?  Gurah ialah satu kaedah perawatan di mana adunan herba (dalam bentuk serbuk dan cecair) dititiskan ke dalam hidung, dan perawat melakukan urutan di sekitar bahagian atas kepala dalam untuk merangsang pergerakan darah di sekitar kepala. Khasiat herba-herba tersebut merangsang tindak balas sinus untuk mengeluarkan mengalirkan keluar lendir yang terperangkap di dalamnya. Biasanya Gurah sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit resdung dan kerap bersin. Resdung atau dalam istilah perubatan disebut sebagai sinusitis. Ia mempunyai banyak simptom, dan hampir kesemuanya tertumpu di zon nasal sistem tubuh manusia. Simptom yang paling lazim adalah kerap bersin, terutamanya di waktu pagi dan ia amat mengganggu bagi kebanyakan orang.  . Kaedah gurah lazimnya memakan masa antara 20 hingga 40 minit. Sepanjang tempoh ini, lendir akan keluar melalui hidung dan mulut dengan bentuk dan kepekatan yang berbeza. Sebahagiannya berkepekatan biasa, dan sebahag...

Koleksi Sabun Cecair Pencuci Pakaian Eco Clean

Assalamualaikum.. agak lama lia tak update blog..Alhamdulillah jualan sabun lia semakin hari semakin mendapat sambutan dan lia sekarang ada beberapa orang agen yang menjual sabun dan pelembut lia. Satu lagi Sabun lia sekarang sudah ada nama ECO CLEAN nama dia..ok ler teww kan?? Sekarang lia sudah mempunyai 2 jenis Sabun Pencuci yang ala ala Dynamo : 1.  Biru Regular : Fresh  * ini macam sabun dynamo biru 2. Pink Downy : Downy Fragrant * Ini macam sabun Dynamo Downy Kedua duanya dalam berat 10 kg..banyak kan?? sangat sangat berbaloii!!! Harga tak mahal pun.. Eco Clean Biru : RM 30 Eco Clean Downy Pink : RM 35 Contact lia untuk dapatkannya.. 0132111668/0193883258 atau boleh contact agen lia untuk kawasan : 1. SENTUL/GOMBAK : Cik Hernani binti Mohd Nor ( 0122914849) 2. BANDAR BUKIT PUCHONG : Puan Kamaliza ( 0172984559) 3. KAWASAN TAPAH : Puan Norzira Mumtaz ( 0134519599) 4. ALOR GAJAH, MELAKA : Puan Zainab (01...